14.10.08


Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua bekas pelatih IKMPJ 97-99



28.9.08

Al-Fatihah (Mohd Shahrul Yusoff)

Tragedi Sepanyol

KLANG: Sepatutnya Yusoff Harun, 60, dan Shamsiah Ahmad, 54, melalui detik gembira menyambut kepulangan anak ketiga mereka, Mohd Shahrul, 29, dari Sepanyol esok untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Nurul Ameera Syuhada Isharaf, 24, 26 Oktober ini.

Bagaimanapun, kegembiraan diharapkan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Nelayan, Telok Gong, di sini, bertukar duka apabila menerima berita Mohd Shahrul meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan, 17 September lalu, ketika Mohd Shahrul melakukan tugas di kawasan pembinaan saluran paip gas asli dasar laut antara Sepanyol dan Algeria di pelantar tengah laut selatan Sepanyol.

Anak ketiga lima beradik itu yang bertugas sebagai juruteknik untuk syarikat minyak dan gas, Saipem berpangkalan di Itali, terbunuh ditimpa paip besar ketika melakukan rutin memeriksa kualiti paip yang dipateri.

Kejadian berpunca daripada kren pengangkut paip mengalami masalah mekanikal, menyebabkan paip jatuh dan menimpa pekerja yang bertugas di pelantar.

Selain Mohd Shahrul, dua lagi rakyat Malaysia, Dawie Gatal dan Wat Chicw, kedua-duanya dari Sarawak, turut terkorban dalam kemalangan itu. Tiga lagi pekerja cedera parah, manakala seorang masih hilang selepas terjatuh ke dalam laut.

Difahamkan, syarikat yang membina saluran paip sepanjang 120 kilometer itu adalah Medgaz, manakala Saipem pula selaku penyedia pelantar pembinaan. Ia dijangka siap pada 2009.

Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan tiga rakyat Malaysia maut dalam kejadian itu.

Yusoff berkata, dia diberitahu berita kematian anaknya menerusi telefon oleh wakil Saipem di negara ini pada malam Rabu lalu, kira-kira jam 12.30 malam.

“Berita kematian anak saya memang mengejutkan. Begitupun, saya reda kerana ia ketentuan Allah SWT,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

Menurut Yusoff, sudah tiga tahun anaknya tidak pulang berhari raya bersama keluarga kerana bertugas di luar negara.

“Tahun ini Mohd Shahrul memberitahu dia dijadualkan bercuti dan menyambut Aidilfitri bersama kami. Dia beritahu akan pulang sama ada pada 28, 29 atau 30 September. Kali ini dia bercuti panjang kerana akan berkahwin. Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Yusoff berkata, pada Disember ini genap tiga tahun Mohd Shahrul bekerja dengan syarikat antarabangsa itu dan mula bertugas di Sepanyol sejak Ogos lalu.

Bagi Shamsiah, dia lebih terkesan tatkala menerima berita kematian anaknya kerana 13 jam sebelum kemalangan berlaku, Mohd Shahrul menghubunginya.

“Jam 5 pagi, Mohd Shahrul menghubungi saya. Memang rutinnya menghubungi saya sebelum ke tempat kerja. Dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan, sebaliknya dalam keadaan ceria dan kami berbual seperti biasa.

“Dia bertanya khabar serta menyuruh saya membuat kuih tat dan makmur untuk dijamahnya apabila pulang ke negara ini,” katanya.

Menurut Shamsiah, dia reda tetapi pilu mengenangkan nasib menimpa anaknya.

“Dia akan berkahwin pada 26 Oktober ini. Barang hantarannya sudah saya gubah dan hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada pihak perempuan.

“Kini, hantaran itu tersimpan rapi di dalam almari. Setiap kali melihat hantaran itu, sebak rasanya,” katanya.

Shamsiah berkata, Mohd Shahrul juga membeli rumah dan kereta baru sebagai persediaan untuk menjalani kehidupan berumahtangga.

“Segala-galanya sudah sempurna, tetapi semuanya tidak kesampaian,” katanya.

Menurut Shamsiah, hubungannya dengan Mohd Shahrul sangat rapat dan kehilangannya sangat dirasai.

“Mohd Shahrul anak yang baik. Dia membawa buah tangan untuk saya setiap kali pulang dari luar negara. Jika bercuti di negara ini dan keluar ke mana-mana sekalipun, dia akan membawa buah tangan untuk saya.

“Dia tidak suka menunjuk-nunjuk dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.

Sementara itu, sehingga hari ini, Yusoff dan Shamsiah masih menanti ketibaan jenazah Mohd Shahrul.

Ditanya bila jenazah akan dibawa pulang dari Sepanyol, mereka tidak dapat memberi jawapan kerana tiada kata putus daripada majikan Mohd Shahrul yang bertanggungjawab menguruskan jenazah anak mereka.

Wakil majikan Mohd Shahrul ketika dihubungi pula berkata, mereka dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Sepanyol kini berusaha memastikan jenazah dibawa pulang secepat mungkin.

“Kita faham situasi keluarga Mohd Shahrul, apatah lagi Aidilfitri semakin hampir.

“Kita akan berusaha membawa pulang jenazahnya secepat mungkin,” katanya.

21.9.08

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR& BATIN
DARI BUJA SEKELUARGA

SELAMAT HARI RAYA

HAI SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

15.9.08

SALAM....

Sila laporkan segala amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang anda nampak, dengar dan sebagainya kepada saya... hehehehe...

12.9.08


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua member x-ikmpj 97-99
Semoga puasa tahun 1429 HIjrah ini dapat memberi manafaat.
Daripada: Chip Amry, wife-Marsyahana dan anak-Nurin Afifah

6.9.08

Alamat terbaru X-ikmpj 97-99

Kepada rakan2 lain yang nak update address boleh email dekat chip di : 9w2rie@gmail.com atau email yang selalu digunakan.
16)Agustina mohd kassim,
lot 4282, no 12,
taman paka wangsa,
23100 paka, dungun,terengganu.
013-5247813
fantiana79@yahoo.com (facebook, friendster, YM)

15)Rizal b. Ahmad Razi (e-mail: Jai_ar79@yahoo.com.my)
E-203 Rose Apartment Persiaran Saujana 1,
Saujana Utama 47000 Sg. Buloh,
Selangor Darul Ehsan
019-2502830


14)ZAINAL ABIDIN AHMAD


105 BLOK 2
KOMUTER RAYA
JLN PARANG 4 19/8D SEK.19,
40300 SHAH ALAM
SELANGOR

012-6977626

13)ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM
MDLD 4356 Taman Gabungan
KM 5, Jalan Silam,
Poskod 91110, Lahad Datu,
Sabah.
019-8034727


12) Nasrizal Nasir
No9, Jln Impian Putra 2/6,
Tmn Impian Putra,
43000 Kajang,
Selangor.
012-2587879
11) MOHD ZULKEFLI B SHOHOR
A-6-1, Golden Villa Apartment,
Jln Temenggung, Tmn Sejahtera,
41000 Kg Jawa, Klang,
Selangor D.E.
017-2272317

10)Muhammad Firdaus bin Hamzah,
No. 2587-7B, Blok L,
Perumahan Polis Wakaf Mek Zainab
15300 Kota Bharu,
Kelantan.
019-5715674
fitree79@yahoo.com.my

9) MOHD RIDZUAN BIN MD ZAIN
8) IZWANI BINTI ISMAIL
Penang.


7) REZUAN BIN SHARIF
95 Jln Murai,
Tmn Tun Syed Nasir,
Tg Agas, 84000 Muar,
Johor Darul Takzim.
012-2834295

6) Azree Awang
Lot 1000 Kampung Tiong,
15100 Kota Bharu,
Kelate.
0199567411 / 0179578767

5) WAN HAZILAWATI BT WAN HAMIDI
2-8, TKT 3, BLOK D,
TAMAN SRI MANJA,
SS4/6, 46000 PJ.
012-3684793

4) MOHD NIZAR BIN MOHD NOR
208 BLOK E,
JLN SS 6/1,
47301 KELANA JAYA,
SELANGOR
019-6113098

3) MOHD FARID ARIPPIN
309, JALAN SERI MAMBAU A12,
TAMAN SERI MAMBAU,
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN.
017-6740306
http://farid1978.multiply.com/

2) AMRY BIN AMUDI
A-2-7,VILLA PAVILION,
JLN ORKID, TMN BKT SERDANG,
SEK 13,
43300 SERI KEMBANGAN
SELANGOR
012-2533495
http://9w2rie.blogspot.com/
YM!: tuah_78


1) HAMIZAN BIN YAACOB (JONGOS)
NO 6, JALAN D'PALMA 7 ,
TAMAN BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
012-9101399